PROFIL SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN

 
-Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati mula dibina pada 1 ogos 1991.

-Sekolah ini terletak di  mukim Gombak kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.

-Pada peringkat awalnya  SMK Taman Melawati hanya mempunyai dua blok bangunan empat tingkat dan sebuah bangunan kantin.

-Pada tahun 1993 sebuah bangunan iaitu blok C telah dibina untuk makmal sains tulen dan bilik darjah akibat pertambahan pelajar dari setahun ke setahun.

-Kemudian diikuti oleh bangunan surau SMK Taman Melawati. Surau ini  telah dibina hasil daripada derma penduduk setempat dan PIBG Taman Melawati pada Julai 1998.

-Selaras  dengan itu juga infrastuktur lain seperti laman ilmu, pondok bacaan, taman sains, bilik komputer, gelanggang bola keranjang, studio seni dan seramik dibina untuk keperluan P&P.

-Awal tahun 2001 sebuah dewan telah dibina dengan kos RM 1.6 juta dan  diserahkan kepada pihak sekolah pada 18 Mei 2001.

-Kini, 2 blok baru ditambah dan menjadikan kesemuanya sebanyak 5 blok.

-Blok A ialah blok  pentadbiran, perpustakaan,  pejabat dan pejabat guru. Blok ini siap dibina pada tahun 2003.

-Sementara blok E pula dibuat khas  untuk makmal sains tulen iaitu makmal biologi, kimia, fizik, dan bilik darjah. Tarikh siap pembinaannya adalah pada tahun 2003.

-Dengan adanya pertambahan bangunan blok ini telah dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah serta dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen.

-Sekolah ini juga telah ditadbir oleh beberapa orang pengetua.

-Pada awal penubuhan iaitu pada 1 Ogos 1991, SMK Taman Melawati telah ditadbir oleh Puan Nik Faridah Hanan Bt. Adeeb sehingga 15 November 1993. Beliau merupakan pengetua yang pertama yang mengasaskan sekolah ini. Beliau berpindah ke SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor.

-Kemudian diikuti oleh Tuan Haji Mad Zahid B. Daros iaitu pada 16 November 1993  sehingga 16 November 1994 dan beliau berpindah ke SMK Sungai Kertas, Gombak, Selangor.

-Pada 1 Februari 1995 sehingga 3 Oktober 1995, Cik Indra Somasondram pula mengambil alih dalam menerajui SMKTM.

-Namun demikian penerajuan Cik Somasondram hanya selama 9 bulan sahaja kerana beliau berpindah ke Bukit Bintang Girl School. Kemudian beliau digantikan oleh Puan Tengku Azuan Bt. Tengku Mohamed iaitu bermula pada 6 November 1995 sehingga 1 Februari 1999, sebelum berpindah ke SMK Seri Puteri, Wilayah Persekutuan.

-Pada 1 Februari 1999 Puan Rohani Bt. Bakar telah mengambil alih pucuk pimpinan ini sehingga 3 April 2003. Beliau berpindah ke SMK Simpang Renggam, Johor.

-Setelah itu, Puan Jamiah Bt. Mehamad telah mentadbir SMKTM pada 1 Mac 2004  sehingga 18 Mei 2006.

-Apabila Puan Jamiah Bt. Mehamad bersara, Puan Jamsiah Bt. Talib telah mula mentadbir SMKTM iaitu bermula pada 1 September 2006 sehingga 31 Mei 2010.
-Puan Wan Saberina Bt Wan Musa telah mengambil alih pucuk pimpinan SMK Taman Melawati bermula 6 Ogos 2010sehingga sekarang.

MOTO


-->
‘BERSEMANGAT BERUSAHA BERJAYA’

VISI
-->
WARGA SMK TAMAN MELAWATI BERKUALITI BERTERASKAN AGAMA, BUDAYA 
 ILMU DAN BERTEKNOLOGI MENJELANG 2011
MISI

-->
MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG DAN BERSAHSIAH MULIA. MEMBENTUK KUMPULAN PENGURUSAN DAN SOKONGAN YANG BERPADU, BERSATU, BERKETRAMPILAN, PROFESIONAL DAN AMANAH. MEWUJUDKAN KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT DAN CERIA.


FALSAFAH PENDIDIKAN
-->
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk  mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
 
PIAGAM PELANGGAN
 
-->
SMK TAMAN MELAWATI SENTIASA BERSEDIA DAN BERUSAHA DENGAN PENUH BERSEMANGAT DAN DEDIKASI BERLANDASKAN ILMU DAN IMAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN YANG TERBAIK KE ARAH MELAHIRKAN INSAN PELAJAR YANG BERKUALITI DAN BERAKHLAK MULIA SERTA MEMPUNYAI DAYA KETAHANAN YANG TINGGI UNTUK MENANGANI CABARAN-CABARAN SEMASA BAGI MEMENUHI ASPIRASI DAN KEHENDAK INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA.

LAGU SEKOLAH

-->
DENGAN IKRAR SEJATI
MENCAPAI HASRAT MURNI
INSPIRASI GURU-GURU
MENYAMPAI WADAH ILMU
MENUJU KE WAWASAN
KE ARAH KEMAJUAN
SEKOLAH YANG KAMI CINTAI
KAN KAMI TABUR BUKTI
BERPERIBADI MULIA
DISIPLIN JADI ETIKA
INGIN BERJAYA DALAM SEGALA
MARI GANDING TENAGA
BERSEMANGAT BERUSAHA
PASTI AKAN BERJAYA
BERSATU HATI UNTUKMU
SEKOLAH MENENGAH TAMAN MELAWATI
BERSATU HATI UNTUKMU
SEKOLAH MENENGAH TAMAN MELAWATI